TEMUDUGA PEMBANTU ANTIDADAH GRED S19

 Pengenalan Jawatan


Pembantu Antidadah Gred S19 adalah jawatan dibawah klasifikasi perkhidmatan sosial. Merupakan kumpulan pelaksana di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri(KDN). Gaji asas bagi jawatan ini adalah antara RM1,352.00 hingga RM4,003.00 dengan kadar kenaikan gaji asas tahunan sebanyak RM100.00.
Secara umumnya, jawatan ini bertanggungjawab dalam mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah. 

Statistik Pengambilan










Berdasarkan jadual trend pelantikan jawatan SPM di atas, jawatan ini bukanlah jawatan yang diambil/lantik pada setiap tahun. Pada tahun 2018 & 2019, tiada lantikan tetap bagi jawatan ini. Walaubagaimanapun, pada tahun 2020, seramai 267 calon telah berjaya dilantik tetap.

Kini, pada tahun 2022, SPA telah mula memproses pengambilan bagi jawatan ini. Iklan kekosongan terbaru bagi jawatan ini adalah seperti berikut ;


Ini bermaksud, calon pada tahun ini akan bersaing untuk merebut 20 kekosongan dan 50 orang sebagai calon simpanan.

Penempatan

Calon yang berjaya menjawat jawatan ini akan dilantik di bawah AADK. Penempatan adalah berkemungkinan di Ibu Pejabat AADK, pejabat AADK Negeri, pejabat AADK Daerah ataupun di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).

Panduan Calon

Sebelum menghadiri temuduga, calon-calon hendaklah mengkaji serba sedikit berkenaan dengan AADK kerana soalan-soalan temuduga akan lebih menjurus kepada jabatan di mana calon-calon akan ditempatkan. Untuk mendapatkan info lanjut, para calon bolehlah melayari laman web rasmi AADK di https://www.adk.gov.my 
Berikut sedikit info berkenaan AADK yang mungkin berguna kepada para calon temuduga.


Tahun Penubuhan
-2004

Fungsi/Skop Utama
-Pendidikan Pencegahan
-Penguatkuasaan Dan Keselamatan
-Rawatan, Perubatan Dan Pemulihan
-Hubungan Antarabangsa

Punca Kuasa
-Akta AADK 2004 (Akta 638)
-Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 (Akta 283)
-Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)
-Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316)
-Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta) 1988 (Akta 340)

Antara perkhidmatan utama adalah ;

Rawatan & Pemulihan
-Rawatan & Pemulihan(R&P) terbahagi kepada dua iaitu R&P dalam komuniti dan R&P dalam Institusi
-R&P dalam komuniti disediakan oleh pejabat AADK Daerah, Pusat Khidmat AADK, Pusat Intergrasi Klien, Rumah Komuniti, Rumah Perantaraan
-R&P dalam institusi disediakan oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN)
-Klien yang mendapat Rawatan & Pemulihan adalah melalui perintah mahkamah ataupun secara sukarela

Pencegahan
-Merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang dari terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
-Melalui program seperti Tempat Kerja Bebas Dadah, Komuniti Bebas Dadah iaitu; Skuad Antidadah; Sukses, Matang, Aktif, Rasional, Tanggungjawab (SMART); Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan (HADK); Sambutan Peringatan Hari Antidadah Antarabangsa (HADA), Keluarga Bebas Dadah dan sebagainya

Penguatkuasaan
-menguatkuasakan, menjalankan fungsi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 6 Akta AADK 2004 kecuali Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988.

Boleh juga baca berkenaan visi & misi AADK, siapa yang menjawat jawatan utama dalam KDN & AADK.

Calon temuduga jawatan ini juga amat-amat digalakkan untuk membaca isu-isu semasa terutamanya melibatkan dadah. Boleh juga lihat statistik yang dikongsikan oleh AADK.

Ambil tahu juga jenis-jenis dadah yang termasuk dalam Akta Dadah Berbahaya. 

Penutup

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu calon-calon.

Comments